Friday 24 May 2019

I'M PREGNANT!! Alhamdulillah aku mengandung jua..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya aku sah mengandung pada 10 April 2019. Aku cek pregnancy test pukul 10 malam lepas balik dari watson beli pregnancy test. Kenapa aku cek? sebab dah 7 hari aku lewat period.

Seperti entry sebelum ni, aku pernah cerita aku makan first clomid pada bulan 12 tahun lepas.
 tu yang 1st cycle. tak berjaya mengandung. 2nd cycle makan pada bulan 1,x berjaya. 3rd clomid makan pada bulan 2, x berjaya jugak. So dah 3x, aku stop clomid since prescription tuk aku pun tuk 3 bulan je. Aku redha,redha and redha. So bulan 3 aku x makan clomid langsung dan berserah jelah. Aku patutnya jumpa dr pada 18/3 tuk amek result darah progesterone tetapi aku terlepas tarikh tu. Tarikh baru adalah 1/4.

So datanglah aku pada 1/4 amek result darah. Doctor kata aku react pada clomid sebab progesterone aku naik kepada 50 lebih from dulu 19.3 je kot..(x ingat gambar hilang). Darah ni sebenarnya kena ambil pada hari ke 21 period cycle tapi aku tipu. Aku datang pada hari ke 24. Sebab? bila aku baca dari blog doktor lain, hari ke 21 tu jika kau ovulation pada hari ke 14. Sedangkan tak semua perempuan ovulation pada hari ke 14. Aku pada hari ke 16.so aku saje lewatkan hari datang amek darah yang sepatutnya aku kena ambil pada hari ke 21 period cycle. But the result is legit and valid, progesterone aku memang naik walaupun aku ambil darah yang ke 24, bukan 21.

So doktor bagi aku option buat iui pada bulan 4 ni. Aku kena datang ke dewan bersalin pada pukul 8 pagi pada period ke 2, dan banyak lagi tarikh yang dia tulis kat form tu lah. Sies aku cakap bln 4 memang busy giler dengan event tadika. So bilalah aku dapat cari excuse tuk keluar 8 pagi gi hospital banyak kali. Doktor bagi aku clomid tuk makan pada period nanti. So aku bawa balik surat iui dan clomid dan ready tunggu period aku yang sepatutnya datang pada 4/4 nanti.. Well lagi 3 hari nak period weh. So tunggu jelah period datang. Doctor siap cakap so bulan 3puanx makan clomid maknanya puan x dek telur. Sob2, sedih plak hati. memang sah2 x ngandunglah kan. So tunggu lah period munculkan diri.

4/4 patutnya period tapi x period. Aik, period aku selalu tepat siap jam yang sama plak tu kuar. Tak pelah tengok esok. Esok esok esoknya pun tak keluar, aikkk, lambat betul, aku nak mkn clomid ni nak wat iui. sebabnya bulan 5 dah pose, bln 6 dah raya. lambat lagilah nampaknya. Husband aku pun bulan 4 ni x outstation. so inilah masanya. Tapi hati aku kata macamni, kalau hari ke 7 aku x period, aku akan beli pregnancy test. Sebab x pernah sejarah dalam hidup aku period lewat sampai seminggu. Nehi babuji nehi. Dan setiap pagi aku amek bbt, suhu badan aku 37 c. Aik, aku kalau bangun tido mesti suhu aku 36.5 punya. Tinggi tul bbt aku hari2. Aku dah syak dah. So pada hari ke 6 aku cuba test dengan opk. Sebab aku de 1 je lg opk yang x guna. Aku test positive kaw2. Opk hanya positif bila hari nak ovulate je, aku dah nak period x kan ovulate lagi. lagipun memang opk boleh guna as upt sebab opk akan detect hormone hcg jugak. Okay, x nak ada harapan, esoknya balik keje aku cakap bang lepas maghrib kita kuar pegi watson beli upt. Sebab ni dah hari ke 7 x period. 
So, balik watson, memang aku nak terkucil pun, aku beli 2 upt, 1 casette, 1 strip. Aku test casette, BIG FAT POSITIVE!! TERANG BERDERANG2 X YAH TUNGGU2. NAIK TERUS 2 LINE DEPAN BIJIK MATA!!

Cukup 6 minggu aku buat buku merah. Aku tak sangka aku mengandung sebelum buat iui, bila aku dah x makan clomid. Rezeki datang betul2 aku rasa di saat akhir. Sies tak sangkalah walaupun aku dapat detect dah aku pregnant tapi aku x nak menangis di bucu katil lagi. So hapuskan saja rasa2 acah2 pregnant kau tu. Tapi bila ALLAH nak bagi rezeki Dia akan bagi. Sekarang aku dah 11 weeks. 
Doakan aku dan kandungan ni sihat dan aku selamat bersalin nanti pada 12.12.2019..




Friday 21 December 2018

Makan clomid

okay untuk bulan ni aku makan clomid sebijiK  sehari start hari ke 2 perioD. aku dapat ubat 5 biji..So aku makan pukul 9 mlm setiap mlm..ada yang terlepas 9.15 kot baru makan. 1st pill makan, esoknya aku sakit kepala dr petang sampai malam. tak tahu memg side effect dia atau hanya kebetulan. The rest aku okay je x dek sakit pale dh

Makan clomid ni, dr tak suruh pun datang scan ke apa. Just makan tuk 2 cycle and pada hari ke 21 pada cycle ke 2 tu,aku kena amek darah tuk tgk hormon progesterone aku naik ke tak. Bagi aku ni mcm eksperimen jelah. 2 cycle amek clomid tanpa cek progression telur ke apa.

Once again, lain dr aand klinik lain cara. Kalau klinik Hamid Arshad aku kena mkn clomid start hari ke 4 sampai 8. yang hospital kemaman aku kena mkn start period ke 2 sampai 6. Dos pun tak sama..Kat klinik dulu aku makan 1 cycle, kena scan tengok telur and inject pregnyl (dont know to eja). Kat hospital ni rilek je 2 cycle ni aku makan without perlu scan and inject..nampak lain kan..So tu cara dr masing2lah..bukan bermaksud salah ke apa..Cuma bila tak perlu scan aku tak tahu de telur ke tak. So selama 2 cycle clomid tu nanti rasa macam emmm ntahlah rasa x reti nak describe. Rasa lama sangat.

Doakan aku berjaya hamil ye kawan2.

Thursday 22 November 2018

2nd Appointment di Hospital Kemaman

19/11/2018, aku pergi hospital kemaman untuk appointment kedua setelah amek darah pada hari ke 2 dan 21 period pada bulan 9. So, nak tahu result lah ni. Lama giler tunggu result. 3 bulan jugak, sampai aku mimpi dr cakap baik awak buat kat swasta.haha.kalau buat kat swasta memang sekejap lah sekali ngan duit2 sekejap je ilang kan..haha..biasalah tu.

So, dr kata hormone progesterone aku low. Hormone yang pada hari ke 21 tu ye sangat low iaitu hanya 14.08 sahaja. sepatutnya 30 ke atas. Means, aku x ovulate. Aku mcm pelik jgk selama ni aku test opk setiap bulan jumpa waktu subur. Pergi scan memang nampak telur aku dah siap keluar means tinggal sac telur tu je dalam ovary yang dinamakan corpus luteum,cewaah..Sebab aku tanya sonographer tu telur saya mcmmana. dia ckp telur dah keluar ni tinggal sac yang mcm cecair je dalam ovary tu..lebih kurang mcmtulah dia ckp.. dan symptom ovulation kat aku sangat jelas setiap bulan contohnya ecm..memang ada..jadi mcm x leh terima pulak aku x ovulate..bila balik aku baca symptom low progesterone, memang ada pun kat aku..sooo aku terima jelah.. ko x nak terima apa dah jelas2 result hormone kau macamtu syida oiiii.

Aku juga diberi clomid untuk dimakan start period ke 2 nxt period. Aku ambil result darah tu betul2 hari ke 10 menstrual cycle aku. Baru habs period. Kalau belum period kan senang boleh makan clomid tu terus.

So, setelah aku tahu aku low progesterone, aku ubah diet cara pemakanan aku. Walaupun aku kurus giler tapi tetap kena diet. Aku diet kek,biskut,kuih2,trans fat,kurangkan perasa, aku makan taugeh. dan menda2 yang aku cakap diet ni aku baru melantak 2 3 hari lepas termasuk harini. Teruk kan saya? Sebenanrya sempat ke untuk de chance ovuation sebab aku start ni pada hari ke 10 period sedangkan hari ke 14 ovulate. Kalau ovulatelah kan..

Aku baca sweet potato bagus tuk ovulation dan hormone progesterone. Keledek ye keledek.
So aku beli keledek oren tu. Bru 2 ari makan.Rebus je rumah x dek oven nak bako2..
Keledek pertama manis sedap je. Keledek hari ke 2 tawar hebeh.sabar jelah.

Untuk TTCian, kita x boleh makan kek,biskut,donut, dan apa2 makanan yang de TRANS FAT which tu sume memang feberet aku..Adoii terseksa weh x dpt mkn menda2 ni.

Hope pda sesiapa yang ada masalah yang sama boleh share macammana anda atasinya ye. Komen2.

Thursday 9 August 2018

1st Appointment di Hospital Kemaman

8 Ogos 2018 aku ada appointment di Klinik O & G di Hospital Kemaman iaitu sehari selepas anniversary kami yg ke 2 tahun, 7 Ogos. Oleh kerana aku dah buat semua test di klinik Dato Hamid Arshat sebelum ni, so dr proceed dengan bagi slip untuk ambil darah pada period hari ke 2 dgn hari ke 21. Aku dtg hari tu menstrual cycle aku pada hari ke 24 so x leh amek darah lah. kene tunggu next period.

Ni flashback balik. Memandangkan aku kene jumpa dr kerajaan, so aku dah siap call klinik Hamid Arshat mintak documen medical report aku dulu. Pihak klinik tu ckp akan bg report sahaja x boleh bagi dokumen yang asal. Report ambil masa 2 minggu. Aku fine jelah. Sampai kat tgn dr di hospital kemaman, dia ckp x lengkap. Even sepatutnya untuk HSG tu dia kene tulis ada spillage ke tidak. Mujur aku de report asal HSG aku tunjuk kat dia. Lepastu semen analysis pun x lengkap. Dr nak lagi detail. Aku pun email klinik tu balik mintak yang lengkap. Tak tau bila dia akan bagi, harapnya dalam masa terdekat ni dapatlah klinik tu bagi report lengkap.

Dr scan ultrasound je pada haritu. Mula scan perut x nampak kilang telur. So dia scan tvs pulak. Means scan dari bawah. Transvaginal scanning. Dr ckp rahim aku ok, x dek masalah, x dek fibroid, x dek cyst. Kilang telur pun ok. Semua OK.

Masa nak keluar nurse cakap eh kejap2. Ada GL tak?Aku ckp x dek. So kene RM10 tuk scan. Emm kene bayo rupanya. X tau langsung.haha

Sekian dan berjumpa lagi nanti.






Sunday 29 July 2018

PCOS

Selama ni aku baca tentang PCOS dan aku nak kongsi apa simptom PCOS melalui pembacaan.





Gambar dari pak cik aku bernama Google menunjukkan perbezaan ovary normal dan PCOS. 

Tak semua orang akan ada semua simptom PCOS. Ramai perempuan akan hanya ada masalah period tak teratur atau kesukaran untuk mengandung sahaja.

Symptom PCOS:

1) Period tak teratur / Tak period langsung

2) Susah mengandung (Sebab ovulate tak teratur / tak ovulate langsung)

3) Pertumbuhan rambut yang berlebihan - di muka, dada, belakang atau punggung

4) Keguguran rambut

5) kulit berminyak / berjerawat


Cara Diagnos:
1) PCOS berlaku bila hormon androgen berlebihan di dalam badan. Jadi blood test boleh tunjuk anda     ada PCOS atau tidak.

2) Ultrasound - Keadaan di mana ovary ada small cyst macam gambar di bawah

Gambar dari Google