Wednesday 22 June 2016

Bayar PTPTN Melalui Potongan KWSP (i-Akaun)

PTPTN telah menyenaraikan peminjamnye dalam CCRIS. Jadi, pada sesiapa yang tersenarai dalam CCRIS kenelah bersihkan nama anda kerana kalau ada bad record dalam CCRIS tak dapatlah korang nak buat loan kereta, rumah atau peribadi kat bank. Kalau rekod pembayaran PTPTN cantik tak dek masalahlah.

Langkah 1
Korang boleh bayar PTPTN dengan potongan KWSP. Cara yang aku buat adalah aku pergi dulu PTPTN semak berapa tunggakan. Setelah kira hutang tunggakan, tolak tarik kalkulator dengan pegawai PTPTN tu, aku ckp nak bayar dengan KWSP. 

Langkah 2
Kepada sesiapa yang sudah mendaftar i-akaun dengan KWSP, korang boleh proceed dengan isi borang online dalam i-akaun. Pegawai tu yang isikan terus dekat kaunter tu. Selepas itu kite kene tunggu mesej dari KWSP tuk buat pengesahan cap jari di pejabat KWSP. (kene cek mesej dalam i-akaun sbb msj kat hp dapat lambat).

Langkah 3
Setelah KWSP bagi mesej, aku pun pergi ke KWSP. So sila cakap korang nak turunkan cap ibu jari tuk pengeluaran KWSP, baru depa tau korang nak wat ape. Masa aku dtg, aku ckp saya nak buat pengeluaran KWSP tuk byr PTPTN, die pun bagi borang, pastu aku wat muka pelik and ckp kene isi borang lagi ke, saya dah isi kat i-akaun, baru depa paham aku dtg nak turunkan cap jari upenye. (len kali cakap biar terang, terus ke mainpont). Terus dapat nombor. Sila bawa ic, salinan dan asal ijazah atau transkrip anda. Penting bawak asal sebab pegawai tu akan sahkan salinan korang tu.

langkah 4
Setelah turunkan cap jari pada 13/6/16 dan pada 20/6/16 PTPTN maklumkan kat aku duit dah masuk. So, bolehlah aku amek surat pengesahan bayaran tunggakan PTPTN.

Ada isu masa aku buat pembayaran ni.  Setelah 5 hari bekerja tak dapat2 pun mesej dari KWSP, aku telefon KWSP cakap tak dapat mesej lg, so bile depa cek rupenye pihak PTPTN tak beri pengesahan lagi kepada KWSP tuk pengeluaran aku.Rupenye PTPTN lah yang kene sahkan dulu, aku telefon PTPTN mintak sahkan segera. 13/6 terus dapat mesej pengesahan dah dibuat dan boleh dtg turunkan cap jari. Waktu rehat terus aku pergi KWSP (punye nak cepat bayar,hehe).