Monday 28 March 2016

Kisah Anak dan Abah

Semasa on the way abahku menghantar aku kes stesyen bas, abah singgah di stesyen minyak

Abah mengeluarkan RM50.00 dan memberikan padaku tanpa berkata apa2 dan aku mengucapkan "Terima kasih bah" sambil memasukkan dalam purse ku. Tak sangka dpt duit belanja.

Abahku ckp" duit minyak" sambil tunjk ke arah duit itu, aku pun angguk tanda faham.

Abahku ckp lg " duit minyak tu" sambil tunjuk ke arah duit itu, aku pun angguk tanda paham lagi.

Abahku ckp lg " duit tu tuk bayar minyak, bagi kat orang tu", sambil tunjuk ke arah pump attendant yang sedang berdiri di sebelah tingkap aku.

Cess, malunya aku, aku ngatkan abah aku nak bg duit belanja, dan bila dia ckp "duit minyak" ingatkan tuk belanja minyak motor aku kat sana..PERASAN!!




Sunday 27 March 2016

Tips Mahirkan Memandu di Atas Jalan Raya.

Pernah dengar orang cakap “Lesen wat frame jelah”.Haaaa tu maksudnye ada lesen saje tapi tak drive. Samada takut, tak dek kereta, mak ayah tak bagi, ape2 ajelah..Pendek kata anda tak drive.
Aku nak bagi tips camne nak belajar meyakinkan diri drive kereta atas jalan raya. Entry ini khusus untuk perempuan yang  baru dapat lesen dan takut memandu di atas jalan raya. Kalau mak ayah tak bagi drive, entry in tidak dpt menolong untuk pujuk mak ayah anda. Harap faham.
Aku bukanlah jenis hati kental, tak takut mati. Aku ni penakut jugak. Tapi memg aku tekad bile aku dpt lesen keta, aku nak boleh memandu dan bawak mak aku pegi mane2 yang dia nak pegi.. Murni tak niat aku? Hehe..

Tips memandu kereta di atas jalan raya.
   Tanam azam, tekad dan keberanian untuk memandu. Kalau dalam hati takut-takut, oh tidak   takuuuuttttt, lantak kaulah, malas layan.

      Bawak peneman yang reti drive, tapi memberi inspirasi yang tinggi. Kalau jenis yang ko pusing pun dia yang jerit dulu, tendang keluar je. Ataupun bawak yang tak reti drive langsung tp still memberi kata2 positif yang membina, sebab pe, macamne pun ko akan bergantung pada diri sendiri  dan berusaha sendiri. Terpulanglah. Tak nak bawak peneman pun tak pe.

      Berlatih di atas jalan raya pada hujung minggu, pagi-pagi hari. Pagi-pagi hari cuti jalan tak sibuk, tak banyak kenderaan. Bolehlah korang berlatih pusing2 town. Bergantung pada tempat anda lah. Janganlah gi berlatih tetibe pada hari bekerja. Kang aircond pun korang tak rasa sejuk duk berdebar takut.

     Drive jalan yang korang memang tahu, dan sentiasa luaskan radius anda memandu. Kalau harini lalu jalan A, esok lalu jalan A dan B plak. Esok lagi jalan A,B,C sampailah Z.

 Sentiasa drive. Ni kalau seminggu sekali, tak pun sebulan sekali drive bile nak mahirnye.

     Untuk yang memandu kereta manual, tambah latihan kat bukit ataupun jalan yang menaik. Nak tau sbb pe, mase kita belajar, sampai atas bukit, cikgu suruh free gear, tarik handbrake kan. Dunia sebenar mane ade semua situasi macamtu. Dunia sebenar, dekat bukit atau jalan yang menaik, korang kene imbang clutch dgn minyak, baru kereta berhenti dan boleh jalan kedepan sikit2..Tak semua situasi boleh free gear, tarik handbrake lepas clutch. Lepastu nak gerak masuk gear lepas handbrake. Dibuatnye tak mahir, kete terundur kebelakang. Pastikan korang mahir imbang clutch dgn minyak. Kalau traffic memg x bergerak baru boleh tarik handbrake sbb kalau lame2 tekan clutch ti clutch haus.

Bagi aku kalau bwk kete auto korang tak dek masalah besar sgt. Tp yang bawak manual kene lebihkan latihan. Please jangan takut sangat. Semasa memandu nak tukar lorong ke ape, tgk dulu cermin sisi, cermin pandang belakang, takut tak perasan motor atau kereta len.


Selamat memandu dengan selamat. Ingatlah orang tersayang.

Friday 25 March 2016

Pengalaman Menunggang Motorsikal


Kisah 2 tahun lepas aku ceritakan kembali..Pada zaman dahulu.... 


Aku bukan seorang penunggang motorsikal. Aku kiranya bolehlah gak bawak motor, tapi boleh kira berapa kali dalam hidup aku aku bawak motor. Korang bayangkanlah kalau aku naik je atas motor, baru naik je tau..mak cik sebelah rumah tgh nyapu halaman boleh berenti, tengok aku nak bawak motor. Tak gerak plak tu tengok aku nak bawak motor tu.. sebb memg org tau aku tak bwak motor. Kawn2 aku pun tau. Pendek kata 1 dunia tahulah.haha.. Malah, aku tak buat pun lesen motor mase wat lesen kereta dulu. Aku dah ckp aku memg tak bawak motor, wat pe nak wat lesen..(konon2 aku ni bawak kereta je, mcm berlagak pulak haha).Memang bawak motor tak dek dalam kamus hidup aku..NEVER!!!!!!!


 Nak dijadikan cerita aku dapat jd intern kat sebuah syarikat swasta, tp tak dek bas lalu. Kalau aku upah teksi mahal gak pergi balik dalam 4 bulan internship. 2 minggu sebelum internship, gilah ngadu kat kawan camne ek aku nak gi keje, kete tak dek, dahlah sorang-sorang. Tetibe dia cadangkan aku bawak motor. AKU?? BAWAK MOTOR?? KAT TEMPAT ORANG PLAK TU!!..Aku terima jugaklah idea dia dan aku usulkan cadangan itu pada abahku.Abahku pun bersetuju dan esoknya terus daftar wat lesen L ckp nak cepat. Dlam 2 minggu dah dpt lesel L. Seminggu sblm nak masuk internship, kawan belajar aku bgtau dia dapat tempat yang sama. Aku tidak keseorangan rupenye..huhu terharu. So, bila kami start jadi intern, aku tak dek motor lagi masetu. So, tumpanglah dia selama beberapa minggu. 2 minggu kot. Selepas 2 minggu aku dah dapat motor, bermulalah episod aku membawa motor dgn tragisnye di tempat orang…jeng jeng jeng 


 Korang bayangkalah aku tak berapa pandai bawak motor, so camne aku bawak korang agak2. Nak keluar dari simpang, tengok tetibe ada kete dari kanan aku dah kat depan dah, eh mcm x lepas nak gerak, aku undur kebelakang balik. Pastu nak tukar lane, sbbkan banyak kete, aku konon2 berenti tepi jalan dulu, sbb aku x dapat agak jarak kete belakang dari tengok cermin. Bnyk woo kete, aku x reti tukar lane. Tapi masalahnye jalan tu clear pun aku x gerak2 jugak nak ke lane sebelah sane..lame tu baru aku gerak..teruk betul.. 



 Paling tragis bile aku sesat kat highway 3 jam gara2 lalu jalan motor. Korang tau jalan motor bukan mcm jalan kete.masuk hutanlah, semaklah, terowonglah..dahlah kat tempat orang, mane aku tau jalan sgt. Aku tau jalan kereta je. Tetibe ada jln motor kenelah ikut kang kene saman. Belum lagi kira side mirror aku kene side mirror kete disaat mencelahjalan yang sesak..mujur tak dek yg hon, tp dalam hati mesti bengkek je..huhu..maaflah ye



Tapi setelah sebulan aku bawak motor ke sana sini, aku dah mahir jugaklah. Dah tak dek masalah mengarut2 yang aku buat masa awal2 dulu. Atas highway laju je potong2 kete.. Kadang-kadang bila aku park motor aku, aku duk sekejap atas motor dan ckp dalam hati “TAK SANGKA AKU BAWAK MOTOR, MACAM TAK CAYE JE”. Aku pun tak caye kawan2 aku apatah lagi. Bila depa tau, terkejut kau “SYIDA BAWAK MOTOR??”. Haha, manusia boleh berubah geng.Sedangkan pantai pun berubah. Pelah sgt manusia kan..Kuikui.. 



 So, nak bawak motor memg kene beranilah. Kalau takut jatuh, memang sampai bile-bile tak dapat bawak motor. Kene selalu tunggang and praktis. Well, practice makes perfect kan..Selepas 1 tahun setengah baru aku buat ujian JPJ and lesen aku convert tu lesen penuh terus sbb kete aku dah lesen besar orang ckp..lesen CDL. Bukan P ye adik2. From sticker L to x dek sticker langsung, aku menunggang dgn megahnye..CEEWAAHH.