Sunday 29 July 2018

PCOS

Selama ni aku baca tentang PCOS dan aku nak kongsi apa simptom PCOS melalui pembacaan.





Gambar dari pak cik aku bernama Google menunjukkan perbezaan ovary normal dan PCOS. 

Tak semua orang akan ada semua simptom PCOS. Ramai perempuan akan hanya ada masalah period tak teratur atau kesukaran untuk mengandung sahaja.

Symptom PCOS:

1) Period tak teratur / Tak period langsung

2) Susah mengandung (Sebab ovulate tak teratur / tak ovulate langsung)

3) Pertumbuhan rambut yang berlebihan - di muka, dada, belakang atau punggung

4) Keguguran rambut

5) kulit berminyak / berjerawat


Cara Diagnos:
1) PCOS berlaku bila hormon androgen berlebihan di dalam badan. Jadi blood test boleh tunjuk anda     ada PCOS atau tidak.

2) Ultrasound - Keadaan di mana ovary ada small cyst macam gambar di bawah

Gambar dari Google






Monday 23 July 2018

HABBATUSSAUDA LISTRA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Posting kali ni nak beritahu tentang perubahan pada aku setelah makan produk habbatussauda listra.

gambar dari mr google


Aku masih lagi tak mengandung walaupun dah makan selama 5 bulan. It's okay, bukan itu yang nak cerita. Aku nak cerita perubahan postitive selepas  amal makan habbatussauda ni. Ada 2 jenis iaitu habbatussauda listra dan listra habbasuda plus.

Habbatussauda listra ada habbatussauda sahaja, 60 capsul.
Listra habbasauda plus ada habbatussauda dan buah zuriat 30 capsul.

Aku beli 2 botol habbatussauda listra dan 2 botol listra habbasauda plus. Ada promosi sbb tu beli banyak macamtu.

Perubahan yang dialami adalah:
Jerawat kurang, bulan ke 5 jerawat naik balik (x tau kenapa)
Pelawasan makin baik, dah x selalu sembelit
Period jadi tak terlalu heavy macam dulu
Rasa macam lebih sihat dari dulu
Menghilangkan keputihan.

Kalau korang nak ikhtiar hamil aku suggest ambil dalam masa 3 hingga 6 bulan. Korang jangan beli sebotol je pastu tak mengandung cakap tak berkesan makan mende lain pulak. Takes time beb.





Clomid 2nd Cycle

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Clomid kali pertama tak berjaya sebab aku x mengandung. So try kali kedua juga tidak berjaya. Ini adalah rawatan terakhir di klinik Dato Hamid Arshat sebab aku kene pindah kemaman ikut suami. Hb pun dah buat sperm test dan keputusannya adalah normal. So keputusan ujian kami berdua adalah kami suami isteri TIADA MASALAH untuk mendapatkan anak. Hence, kami masih lagi tidak mengandung.

So putuslah rawatan di sini. Dan sekarang sudah 5 bulan aku berada di kemaman tanpa apa2 rawatan seterusnya dan aku masih lagi tidak mengandung.

Sedih dan pedih

Tapi aku redha dan bulan depan pada 8/8/2018 aku ada appointment pula di hospital kemaman untuk rawatan infertility. So aku sambung di hospital kemaman nanti. The next aku akan cerita lagi.

Kepada TTCian, jangan sedih (walaupun aku pun sedih). Jangan asyik fikir nak anak saja. Jalani hidup suami isteri dengan sangat bahagia. Sebab kita kene bahagia walaupun tanpa anak. Jangan biarkan kita rasa ada anak baru kita akan dapat kebahagiaan. TIDAK.

Aku berharap sangat TTCian yang lain akan hamil walaupun aku tidak hamil lagi.