Tuesday 31 May 2016

Reverse Parking atau Parking Mengundur

Assalamualaikum Para Pemandu Semua..

Ramai orang boleh memandu tapi tak semua boleh parking dengan elok. Selalunya cara parking yang orang Malaysia selalu buat ialah masuk terus parking dan bile nak keluar ti mulalah slow2 keluarkan bontot kereta sikit2 sebab x nampak ada kereta ke tak kat belakang. Betul tak? Haha aku selalu tanya orang sebelah ada kereta x ada kereta x.. Sebab memang x nampak kalau nak keluar dari parking macamtu.

Reverse parking adalah cara yang paling bagus untuk parking (bagi akulah). Memandangkan aku keje company Jepun, kami diwajibkan parking mengundur. Sebab pe? Apabila berlaku sesuatu bencana, korang boleh terus bawak lari keta anda. Makes sense kan. Parking mengundur juga memudahkan anda untuk keluar dari parking tanpa perlu pusingkan kepala anda ke tepi dan belakang dan bertanya kepada orang sebelah anda, ADA KETA X ADA KETA X? haha.. 

Ada 2 cara Parking mengundur:

1) 45 Degrees Parking



2) 90 Degrees Parking



Ada beberapa peraturan yang korang kene buat.

1) Bagi signal lah untuk menunjukkan korang nak parking tu
2) Apabila mengundur mesti tengok dua-dua belah cermin sisi korang, jangan sesekali tengok sebelah     je sampai sudah. Nanti sebelah kereta masuk tapi korang tak sedar sebelah lagi dah nak terlanggar       kereta sebelah.
3) Pastikan kereta masuk di tengah2 petak parking, bukan tepi sangat dan banyak lagi space sebelah 
    sana pulak. Kesian orang lain sempit. Sila keluar balik dan luruskan parking anda.
3) Apabila korang masuk parking dan mendapati kereta senget dan masih ada kereta di belakang 
    korang yang tengah menunggu, bagi kereta yang belakang kita tadi jalan dulu, baru kita keluar       
    balik dan betulkan parking. Kesian dia dahlah tunggu kita reverse pastu tunggu kita betulkan         
    parking pulak. Asal kita dah masuk parking bg je dia jalan dulu. Ni tak, ada yang masuk separuh
    pastu kedepan pulak banyak2 kali nak luruskan parking dia. Tak sempat kereta belakang nak jalan 
    dulu. Berderetlah kereta kat belakang tu tunggu. 


Kalau dekat tempat parking yang sempit contohnya kawasan flat, kawasan yang sesak seperti bank dan pasar raya sangat sesuai untuk parking mengundur sebab kita senang keluar. Memang ambil masa untuk parking tapi kalau kita mahir tak ambil masa lama pun. Senang untuk kita keluar dan orang yang nak petak parking kita pun tak perlu tunggu lama.

So trylah parking mengundur nanti. Parking mengundur aku reti. Parking L aku tak berapa reti. Aku rela tak parking kalau ada parking tepi..hahah.

Wednesday 11 May 2016

FREELETICS


Anda kurus? Terlalu kurus? Haaa kite same..sekarang ni aku berada dalam state terlalu kurus dengan tinggi 162cm dan berat 46.8kg.. sejak zaman belajar lagi aku ada masalah badan tak naik2 berat walaupun aku mkn macam2. Dan pernah makan produk naikkan berat pun.. tapi usahaku putus di tengah jalan. Sekarang ni aku dah tak nak tambah berat pun, dah tak nak nampak gemuk pun dari badan sekarang. Yang aku nak adalah kurus yang sihat dan ada muscle. Ni  dahlah kurus kering, keletihan sokmo, nampak sgt tak sihat.

So I decided to starts with FREELETICS.

What is freeletics?
It is a high intensity workout that combines full-body routines and exercises  and designed to last between 5 and 45 minutes.
The exercies includes burpees, squats, sit-ups, lunges, jump high knees and many more.

Lihat dulu freeletics transformation untuk senang faham:


Nampak tak badan bukanlah gemuk sangat ke ape. Cume tak fit dan cantik je. Tapi dengan freeletics, boleh build up your muscle. Tak kire gemuk atau kurus, bagi aku freeletics ni sesuai sebab untuk fitkan dan bine otot badan kite.


Untuk beginners macam aku, aku ikut video  di bawah.

            


Aku pun tak tahu banyak sangat tentang freeletics lagi dan aku pun baru ikut slow2. Setakat ni aku baru buat 4 hari dan adalah rasa perbezaan dimana aku rasa sihat, bile jalan rasa badan tegak dan confidentlah sikit. Sebabtu aku suggestkan pada orang yang tak kire gemuk, berisi atau kurus, buatlah workout ni. Freeletics ni adalah workout yang berulang dan senang nak ikut, boleh ingat step. Boleh buat dalam bilik je pun, tak perlu pun pegi gym sebab tak menggunakan ape2 alat. Sesuai tuk orang yang x nak pegi gym.