Thursday 9 August 2018

1st Appointment di Hospital Kemaman

8 Ogos 2018 aku ada appointment di Klinik O & G di Hospital Kemaman iaitu sehari selepas anniversary kami yg ke 2 tahun, 7 Ogos. Oleh kerana aku dah buat semua test di klinik Dato Hamid Arshat sebelum ni, so dr proceed dengan bagi slip untuk ambil darah pada period hari ke 2 dgn hari ke 21. Aku dtg hari tu menstrual cycle aku pada hari ke 24 so x leh amek darah lah. kene tunggu next period.

Ni flashback balik. Memandangkan aku kene jumpa dr kerajaan, so aku dah siap call klinik Hamid Arshat mintak documen medical report aku dulu. Pihak klinik tu ckp akan bg report sahaja x boleh bagi dokumen yang asal. Report ambil masa 2 minggu. Aku fine jelah. Sampai kat tgn dr di hospital kemaman, dia ckp x lengkap. Even sepatutnya untuk HSG tu dia kene tulis ada spillage ke tidak. Mujur aku de report asal HSG aku tunjuk kat dia. Lepastu semen analysis pun x lengkap. Dr nak lagi detail. Aku pun email klinik tu balik mintak yang lengkap. Tak tau bila dia akan bagi, harapnya dalam masa terdekat ni dapatlah klinik tu bagi report lengkap.

Dr scan ultrasound je pada haritu. Mula scan perut x nampak kilang telur. So dia scan tvs pulak. Means scan dari bawah. Transvaginal scanning. Dr ckp rahim aku ok, x dek masalah, x dek fibroid, x dek cyst. Kilang telur pun ok. Semua OK.

Masa nak keluar nurse cakap eh kejap2. Ada GL tak?Aku ckp x dek. So kene RM10 tuk scan. Emm kene bayo rupanya. X tau langsung.haha

Sekian dan berjumpa lagi nanti.