Tuesday 31 May 2016

Reverse Parking atau Parking Mengundur

Assalamualaikum Para Pemandu Semua..

Ramai orang boleh memandu tapi tak semua boleh parking dengan elok. Selalunya cara parking yang orang Malaysia selalu buat ialah masuk terus parking dan bile nak keluar ti mulalah slow2 keluarkan bontot kereta sikit2 sebab x nampak ada kereta ke tak kat belakang. Betul tak? Haha aku selalu tanya orang sebelah ada kereta x ada kereta x.. Sebab memang x nampak kalau nak keluar dari parking macamtu.

Reverse parking adalah cara yang paling bagus untuk parking (bagi akulah). Memandangkan aku keje company Jepun, kami diwajibkan parking mengundur. Sebab pe? Apabila berlaku sesuatu bencana, korang boleh terus bawak lari keta anda. Makes sense kan. Parking mengundur juga memudahkan anda untuk keluar dari parking tanpa perlu pusingkan kepala anda ke tepi dan belakang dan bertanya kepada orang sebelah anda, ADA KETA X ADA KETA X? haha.. 

Ada 2 cara Parking mengundur:

1) 45 Degrees Parking



2) 90 Degrees Parking



Ada beberapa peraturan yang korang kene buat.

1) Bagi signal lah untuk menunjukkan korang nak parking tu
2) Apabila mengundur mesti tengok dua-dua belah cermin sisi korang, jangan sesekali tengok sebelah     je sampai sudah. Nanti sebelah kereta masuk tapi korang tak sedar sebelah lagi dah nak terlanggar       kereta sebelah.
3) Pastikan kereta masuk di tengah2 petak parking, bukan tepi sangat dan banyak lagi space sebelah 
    sana pulak. Kesian orang lain sempit. Sila keluar balik dan luruskan parking anda.
3) Apabila korang masuk parking dan mendapati kereta senget dan masih ada kereta di belakang 
    korang yang tengah menunggu, bagi kereta yang belakang kita tadi jalan dulu, baru kita keluar       
    balik dan betulkan parking. Kesian dia dahlah tunggu kita reverse pastu tunggu kita betulkan         
    parking pulak. Asal kita dah masuk parking bg je dia jalan dulu. Ni tak, ada yang masuk separuh
    pastu kedepan pulak banyak2 kali nak luruskan parking dia. Tak sempat kereta belakang nak jalan 
    dulu. Berderetlah kereta kat belakang tu tunggu. 


Kalau dekat tempat parking yang sempit contohnya kawasan flat, kawasan yang sesak seperti bank dan pasar raya sangat sesuai untuk parking mengundur sebab kita senang keluar. Memang ambil masa untuk parking tapi kalau kita mahir tak ambil masa lama pun. Senang untuk kita keluar dan orang yang nak petak parking kita pun tak perlu tunggu lama.

So trylah parking mengundur nanti. Parking mengundur aku reti. Parking L aku tak berapa reti. Aku rela tak parking kalau ada parking tepi..hahah.

No comments:

Post a Comment