Thursday 22 November 2018

2nd Appointment di Hospital Kemaman

19/11/2018, aku pergi hospital kemaman untuk appointment kedua setelah amek darah pada hari ke 2 dan 21 period pada bulan 9. So, nak tahu result lah ni. Lama giler tunggu result. 3 bulan jugak, sampai aku mimpi dr cakap baik awak buat kat swasta.haha.kalau buat kat swasta memang sekejap lah sekali ngan duit2 sekejap je ilang kan..haha..biasalah tu.

So, dr kata hormone progesterone aku low. Hormone yang pada hari ke 21 tu ye sangat low iaitu hanya 14.08 sahaja. sepatutnya 30 ke atas. Means, aku x ovulate. Aku mcm pelik jgk selama ni aku test opk setiap bulan jumpa waktu subur. Pergi scan memang nampak telur aku dah siap keluar means tinggal sac telur tu je dalam ovary yang dinamakan corpus luteum,cewaah..Sebab aku tanya sonographer tu telur saya mcmmana. dia ckp telur dah keluar ni tinggal sac yang mcm cecair je dalam ovary tu..lebih kurang mcmtulah dia ckp.. dan symptom ovulation kat aku sangat jelas setiap bulan contohnya ecm..memang ada..jadi mcm x leh terima pulak aku x ovulate..bila balik aku baca symptom low progesterone, memang ada pun kat aku..sooo aku terima jelah.. ko x nak terima apa dah jelas2 result hormone kau macamtu syida oiiii.

Aku juga diberi clomid untuk dimakan start period ke 2 nxt period. Aku ambil result darah tu betul2 hari ke 10 menstrual cycle aku. Baru habs period. Kalau belum period kan senang boleh makan clomid tu terus.

So, setelah aku tahu aku low progesterone, aku ubah diet cara pemakanan aku. Walaupun aku kurus giler tapi tetap kena diet. Aku diet kek,biskut,kuih2,trans fat,kurangkan perasa, aku makan taugeh. dan menda2 yang aku cakap diet ni aku baru melantak 2 3 hari lepas termasuk harini. Teruk kan saya? Sebenanrya sempat ke untuk de chance ovuation sebab aku start ni pada hari ke 10 period sedangkan hari ke 14 ovulate. Kalau ovulatelah kan..

Aku baca sweet potato bagus tuk ovulation dan hormone progesterone. Keledek ye keledek.
So aku beli keledek oren tu. Bru 2 ari makan.Rebus je rumah x dek oven nak bako2..
Keledek pertama manis sedap je. Keledek hari ke 2 tawar hebeh.sabar jelah.

Untuk TTCian, kita x boleh makan kek,biskut,donut, dan apa2 makanan yang de TRANS FAT which tu sume memang feberet aku..Adoii terseksa weh x dpt mkn menda2 ni.

Hope pda sesiapa yang ada masalah yang sama boleh share macammana anda atasinya ye. Komen2.

No comments:

Post a Comment