Friday 25 March 2016

Pengalaman Menunggang Motorsikal


Kisah 2 tahun lepas aku ceritakan kembali..Pada zaman dahulu.... 


Aku bukan seorang penunggang motorsikal. Aku kiranya bolehlah gak bawak motor, tapi boleh kira berapa kali dalam hidup aku aku bawak motor. Korang bayangkanlah kalau aku naik je atas motor, baru naik je tau..mak cik sebelah rumah tgh nyapu halaman boleh berenti, tengok aku nak bawak motor. Tak gerak plak tu tengok aku nak bawak motor tu.. sebb memg org tau aku tak bwak motor. Kawn2 aku pun tau. Pendek kata 1 dunia tahulah.haha.. Malah, aku tak buat pun lesen motor mase wat lesen kereta dulu. Aku dah ckp aku memg tak bawak motor, wat pe nak wat lesen..(konon2 aku ni bawak kereta je, mcm berlagak pulak haha).Memang bawak motor tak dek dalam kamus hidup aku..NEVER!!!!!!!


 Nak dijadikan cerita aku dapat jd intern kat sebuah syarikat swasta, tp tak dek bas lalu. Kalau aku upah teksi mahal gak pergi balik dalam 4 bulan internship. 2 minggu sebelum internship, gilah ngadu kat kawan camne ek aku nak gi keje, kete tak dek, dahlah sorang-sorang. Tetibe dia cadangkan aku bawak motor. AKU?? BAWAK MOTOR?? KAT TEMPAT ORANG PLAK TU!!..Aku terima jugaklah idea dia dan aku usulkan cadangan itu pada abahku.Abahku pun bersetuju dan esoknya terus daftar wat lesen L ckp nak cepat. Dlam 2 minggu dah dpt lesel L. Seminggu sblm nak masuk internship, kawan belajar aku bgtau dia dapat tempat yang sama. Aku tidak keseorangan rupenye..huhu terharu. So, bila kami start jadi intern, aku tak dek motor lagi masetu. So, tumpanglah dia selama beberapa minggu. 2 minggu kot. Selepas 2 minggu aku dah dapat motor, bermulalah episod aku membawa motor dgn tragisnye di tempat orang…jeng jeng jeng 


 Korang bayangkalah aku tak berapa pandai bawak motor, so camne aku bawak korang agak2. Nak keluar dari simpang, tengok tetibe ada kete dari kanan aku dah kat depan dah, eh mcm x lepas nak gerak, aku undur kebelakang balik. Pastu nak tukar lane, sbbkan banyak kete, aku konon2 berenti tepi jalan dulu, sbb aku x dapat agak jarak kete belakang dari tengok cermin. Bnyk woo kete, aku x reti tukar lane. Tapi masalahnye jalan tu clear pun aku x gerak2 jugak nak ke lane sebelah sane..lame tu baru aku gerak..teruk betul.. 



 Paling tragis bile aku sesat kat highway 3 jam gara2 lalu jalan motor. Korang tau jalan motor bukan mcm jalan kete.masuk hutanlah, semaklah, terowonglah..dahlah kat tempat orang, mane aku tau jalan sgt. Aku tau jalan kereta je. Tetibe ada jln motor kenelah ikut kang kene saman. Belum lagi kira side mirror aku kene side mirror kete disaat mencelahjalan yang sesak..mujur tak dek yg hon, tp dalam hati mesti bengkek je..huhu..maaflah ye



Tapi setelah sebulan aku bawak motor ke sana sini, aku dah mahir jugaklah. Dah tak dek masalah mengarut2 yang aku buat masa awal2 dulu. Atas highway laju je potong2 kete.. Kadang-kadang bila aku park motor aku, aku duk sekejap atas motor dan ckp dalam hati “TAK SANGKA AKU BAWAK MOTOR, MACAM TAK CAYE JE”. Aku pun tak caye kawan2 aku apatah lagi. Bila depa tau, terkejut kau “SYIDA BAWAK MOTOR??”. Haha, manusia boleh berubah geng.Sedangkan pantai pun berubah. Pelah sgt manusia kan..Kuikui.. 



 So, nak bawak motor memg kene beranilah. Kalau takut jatuh, memang sampai bile-bile tak dapat bawak motor. Kene selalu tunggang and praktis. Well, practice makes perfect kan..Selepas 1 tahun setengah baru aku buat ujian JPJ and lesen aku convert tu lesen penuh terus sbb kete aku dah lesen besar orang ckp..lesen CDL. Bukan P ye adik2. From sticker L to x dek sticker langsung, aku menunggang dgn megahnye..CEEWAAHH.

No comments:

Post a Comment