Sunday 27 March 2016

Tips Mahirkan Memandu di Atas Jalan Raya.

Pernah dengar orang cakap “Lesen wat frame jelah”.Haaaa tu maksudnye ada lesen saje tapi tak drive. Samada takut, tak dek kereta, mak ayah tak bagi, ape2 ajelah..Pendek kata anda tak drive.
Aku nak bagi tips camne nak belajar meyakinkan diri drive kereta atas jalan raya. Entry ini khusus untuk perempuan yang  baru dapat lesen dan takut memandu di atas jalan raya. Kalau mak ayah tak bagi drive, entry in tidak dpt menolong untuk pujuk mak ayah anda. Harap faham.
Aku bukanlah jenis hati kental, tak takut mati. Aku ni penakut jugak. Tapi memg aku tekad bile aku dpt lesen keta, aku nak boleh memandu dan bawak mak aku pegi mane2 yang dia nak pegi.. Murni tak niat aku? Hehe..

Tips memandu kereta di atas jalan raya.
   Tanam azam, tekad dan keberanian untuk memandu. Kalau dalam hati takut-takut, oh tidak   takuuuuttttt, lantak kaulah, malas layan.

      Bawak peneman yang reti drive, tapi memberi inspirasi yang tinggi. Kalau jenis yang ko pusing pun dia yang jerit dulu, tendang keluar je. Ataupun bawak yang tak reti drive langsung tp still memberi kata2 positif yang membina, sebab pe, macamne pun ko akan bergantung pada diri sendiri  dan berusaha sendiri. Terpulanglah. Tak nak bawak peneman pun tak pe.

      Berlatih di atas jalan raya pada hujung minggu, pagi-pagi hari. Pagi-pagi hari cuti jalan tak sibuk, tak banyak kenderaan. Bolehlah korang berlatih pusing2 town. Bergantung pada tempat anda lah. Janganlah gi berlatih tetibe pada hari bekerja. Kang aircond pun korang tak rasa sejuk duk berdebar takut.

     Drive jalan yang korang memang tahu, dan sentiasa luaskan radius anda memandu. Kalau harini lalu jalan A, esok lalu jalan A dan B plak. Esok lagi jalan A,B,C sampailah Z.

 Sentiasa drive. Ni kalau seminggu sekali, tak pun sebulan sekali drive bile nak mahirnye.

     Untuk yang memandu kereta manual, tambah latihan kat bukit ataupun jalan yang menaik. Nak tau sbb pe, mase kita belajar, sampai atas bukit, cikgu suruh free gear, tarik handbrake kan. Dunia sebenar mane ade semua situasi macamtu. Dunia sebenar, dekat bukit atau jalan yang menaik, korang kene imbang clutch dgn minyak, baru kereta berhenti dan boleh jalan kedepan sikit2..Tak semua situasi boleh free gear, tarik handbrake lepas clutch. Lepastu nak gerak masuk gear lepas handbrake. Dibuatnye tak mahir, kete terundur kebelakang. Pastikan korang mahir imbang clutch dgn minyak. Kalau traffic memg x bergerak baru boleh tarik handbrake sbb kalau lame2 tekan clutch ti clutch haus.

Bagi aku kalau bwk kete auto korang tak dek masalah besar sgt. Tp yang bawak manual kene lebihkan latihan. Please jangan takut sangat. Semasa memandu nak tukar lorong ke ape, tgk dulu cermin sisi, cermin pandang belakang, takut tak perasan motor atau kereta len.


Selamat memandu dengan selamat. Ingatlah orang tersayang.

No comments:

Post a Comment