Wednesday 8 November 2017

PERJALANAN TTC EPISOD 1 (PENGENALAN)

Bismillahirrahmanirrahim..

Kat sini aku nak cerita tentang bagaimana aku ber TTC walaupun aku tak mengandung lagi. Blog yang mungkin tak dek sapa baca ni akan menjadi medium yang lebih mudah untuk aku berkongsi pengalaman aku ber ttc..Nak cerita kat fb mcm x sesuai sebab macam kau pun tak mengandung lagi tp kau nak bg tips n pandangan untuk mengandung..macam tak kene n krik2..macamtulah aku rasa. Jadinya biarlah aku berkongsi ttc aku kat sini dgn harapan siapa2 yg tgh ttc boleh dpt info ni dan harapnya kalaupun aku tak mengandung lagi, aku harap orang yang mencuba tips yg aku bg akan mengandung. Tu dah aku rasa gembira dah..At least aku dpt tlg orang len.

Antara sebab aku nak berkongsi pengalaman aku adalah kerana:

1. Aku sendiri mencuba tips yang aku baca dari perkongsian orang lain, dan ada kesan positif seperti yang dikongsikan. Jadi, walaupun aku tak berjaya mengandung, tak bermakna tips tu tidak betul dan tidak berkesan. Mungkin berkesan untuk orang len. Contoh nyelah kan, kau demam. gi klinik, doktor bagi ubat demam. Betul dah ubat tu cumanya demam kau tetap tak baik-baik.Kau nak cakap dr bagi ubat tipu ke? kalau kau demam dr bg ubat buasir yelah tak betul.Tapi, ubat demam yang sama bagi kat kawan kau yang demam, baik pulak..So, mungkin kau kene jumpa dr lg untuk dapat ubat demam yang lagi kuat. Seperti mana aku, aku cuba tips, tak berjaya mengandung, x dek rezeki lagi, tapi aku tak cakap tips tu tak betul sebab ada kesan positifnya juga. (panjang beno taipnya).

2. Ya Allah, Kau kurniakanlah rezeki anak untuk para wanita yang berttc. Ampunilah dosa kami, limpahkanlah dengan rezeki, zuriat dalam rahim kami, agar menjadi kesempurnaan kepada diri kami, dan kami menjadi orang2 yang sentiasa bersyukur atas nikmat-Mu. (doaku untuk kita semua)

3. Usaha yang aku lakukan adalah dari blog2 orang lain, jadi bukan idea asal aku, jadi aku juga ingin menyumbang dgn menulis pengalaman aku supaya orang lain dapat manfaat seperti mana aku dapat manfaat daripada orang lain.

Ok, let's get started. Once upon a time...cewah

Beberapa bulan sebelum berkahwin, aku sudah pergi jumpa doktor untuk scan rahim nak tahu aku ni boleh mengandung ke tak. Bukan main lagi kau..So, doktor tgk rahim aku ok, x dek cyst, fibroid sume tak de. Jadi dr kata dia tak nampak ada apa2 masalah untuk aku mengandunglah. Rahim pun cantik dr kata.

Tapi sampai ke perkahwinan aku menginjak 1 tahun 3 bulan ni, aku masih tak mengandung. Sebenarnya aku pernah mengandung tapi kandungan tak jadi. lepas 3 hari lewat period, buat pregnancy test positif tapi kabur n 2 hari lepastu period selama 10 hari seperti biasa. (part ni mals nak cite). Pada bulan ke 6 kahwin, aku dah start TTC..haaa gelojoh nak anak..no more enjoy2..

Pertamanya kepada ttcian, korang kene scan rahim dulu, kalau tak jumpa dr pakar, dr biasa pun boleh. just nak tgk ada apa2 tak benda asing dalam rahim kita. Selepas tu barulah korang nak makan ubat apa ke, sapu apa ke, korang boleh. Kalau korang terus dapatkan khidmat pakar untuk kesuburan lagi baiklah. Jngan terus je cari produk apa2, sebab ni badan kita, x sama dengan badan orang lain walaupun testimoni berlambak mengandung dgn produk tu..

Aku sarankan korang makan taugeh. Laki bini makan, start lepas haid sampailah hari subur sbb taugeh dapat memperbanyakkan lagi lendir subur. Egg Cervical Mucus korang akan lagi banyak dan ini memang betul..Jadinya, sperma dapat berenang lebih baik, dan bertahan lebih lama dalam rahim. taugeh memang banyak khasiat..sebabtulah taugeh ni baik untuk kesuburan.

Oklah, nak tido, so aku akan bercerita next post..

Assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment