Friday 10 November 2017

PERJALANAN TTC EPISOD 3 (BERUBAT)

Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim..

Saya baru berkahwin selama 1 tahun 3 bulan, baru lagi, tapi tak mengandung lagi. Kalau orang lain mesti enjoy lagi masa ni, tak fikir nak anak ke, tapi saya dah fikir nak anak je sekarang. Start 6 bulan selepas berkahwin TTC tapi tak dek rezeki lagi. Disebabkan awal lagi, jadi saya taklah mendapatkan mana2 rawatan drpd doktor pakar untuk kesuburan lagi. Bagi chance dulu kat diri sendiri untuk conceived normal.

Dalam tempoh setahun ni, sebenarnya dah beberapa kali scan rahim malah buat transvaginal scan untuk tgk rahim de apa2 masalah tak. Semua doktor kata normal. X dek masalah. Tetapi, kalau tiada masalah, mengapa saya mengalami pendarahan setiap kali masa subur. dan inilah masalah saya selama ini. Saya guna opk untuk tahu waktu subur. So, i know that everytime the 2 lines appear very dark, that's the time i will ovulate. Setiap bulan saya jumpa waktu subur, setiap kali itulah tepat pada waktu subur akan keluar darah yang agak banyak, tapi tidak sebanyak haid. Kalau baca kat google, itu adalah ovulation bleeding/spotting and that is normal bebeh. normal. Pada mulanya saya pun rasa ianya normal. Ok lah, ovulation bleeding keluar dari lepas asar means petang, sampai isyak means malam. Oklah normal. Setiap bulan ok, setiap bulan, pada masa yang sama iaitu petang selepas asar sampai malam darah keluar. Jumpa dr semua ok, tapi saya x wat hormone test je lagi. Dan saya syak mungkin hormone imbalance.

(Sorry, the word saya i want to change to aku.)

Sampailah, satu hari aku terfikir kalaulah ini adalah masalah perubatan, mengapa darah mesti keluar start lepas asar sampai malam pada waktu subur. Kenapa pada waktu itu dan bukan waktu lain. Keluar pagi ke, tengahari ke, nape mesti petang. Nape tak keluar petang tapi pukul 3 ke, 4 ke 5 ke, nape mesti range dalam 6.30 ptg.  aku terpk untuk berubat dengan ustaz sebab aku rasa ini mungkin gangguan jin dalam rahim aku. Mungkin je, kalau memang masalah perubatan, bukan dari jin pun tak salah berubat.

Pada bulan 9 2017 aku pun pergilah berubat, ustaz kata de gangguan sikit je. Ustaz Tajul kat Meru, Klang.. Korang cari dia kat fb. So aku kene mandi air limau dan minum air bacaan dia tu 3 hari berturut2. So oklah selesai bab tu, macam biasa je. Aku teruskan hidup seperti biasa. So dalam bulan yang sama setelah berubat dgn ustaz tu, aku minum susu kambing segar blend dgn kurma liat. Kurma liat sahaja ye, kurma x liat tak jadi..Minum tu nak termuntah2..cannot accept lah bau susu kambing..Sies..Selepas itu juga aku amalkan makan kunyit hidup. Aku wat masak dalam daging or singgang. Tapi, kunyit tu potong sekeping2, masak dalam lauk dan makan dgn nasi. Aku buat beberapa kali jugaklah. Nak kata selalu tak jugak.

Alhamdulillah dengan kuasa Allah, tak dapat nak gambarkan betapa terkejut pada bulan 10, waktu ni selepas haid seterusnyalah. Maksudnya, selepas aku wat rawatan di atas bulan 9, haid pada bulan 10, habis haid dan pada hari subur, darah yang selalu keluar yang aku cerita di atas, tiada. Tapi de macam darah sgt sikit, macam bebenang darah je bersama dgn ewcm yang keluar. dan itu sahaja darah yang keluar, tak sampai malam. Rasa macam dah sembuh sikitlah. Dan pada bulan11 pula, means the next period lah ni. Darah tu totally tak dek. So aku isytihar diri aku dah sembuhlah kot. Alhamdulillah..

Jadinya, aku tak tahulah ape yang membuatkan masalah aku sembuh sendiri. Samada rawatan ustaz, atau susu kambing, atau kunyit hidup tu yang membuatkan aku sembuh. Of kos semua kesembuhan datang dari Allah, dan Allah yang mengizinkan untuk sembuh. So ttcian kat luar sana, walaupun korang x dek masalah pendarahan apa2 pun, tak salah pergi berubat takut de gangguan jin. Minum susu kambing segar blend dgn kurma liat. Buat sekali seumur hidup pun tak apa. Ni memang ada ustaz dalam TV yang cakap..X ingat nama.

Sampai sekarang aku amalkan makan kunyit hidup. Janganlah tiap2 hari plak korang makan. Seminggu 2x pun ok, Kunyit ada anti inflammation, anti radang so membantu sembuhkan radang dalam badan, sembuhkan endometriosis, anti bakteria, kurangkan sakit senggugut dan banyak lgi. Nanti aku cerita tentang kunyit next post.


No comments:

Post a Comment