Friday 10 November 2017

PERJALANAN TTC EPISOD 2 (TAUGEH)

Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim..

Taugeh dapat membantu kesuburan suami isteri. Bukan sahaja murah, tetapi banyak khasiat jugak.
Taugeh mengandungi vitamin E dan antioksidan, dapat membantu melindungi dari serangan radikal bebas. Untuk suami, dapat menghasilkan sperma yang lebih baik.

Bukan itu sahaja, taugeh ada vitamin B,C,B1,B6,A dan K. Taugeh juga ada zat besi, fosforus, magnesium, kalsium, kalium, mangan dan omega 3.

Bila amalkan taugeh ni, egg white cervical mucus (ewcm) keluar banyak sangat semasa dalam tempoh waktu subur. Kalau masa korang nak ovulation, means telur dah matang dan nak keluar,
masatu akan keluar lendir subur seperti putih telur.. yang ni korang kene bd lah dgn suami sekerap mungkin.

Sebabtu, saya sarankan korang amalkan taugeh. Saya percaya dengan khasiat taugeh untuk membantu kesuburan. Lagipun tak salah cuba kan.


No comments:

Post a Comment