Sunday 29 July 2018

PCOS

Selama ni aku baca tentang PCOS dan aku nak kongsi apa simptom PCOS melalui pembacaan.





Gambar dari pak cik aku bernama Google menunjukkan perbezaan ovary normal dan PCOS. 

Tak semua orang akan ada semua simptom PCOS. Ramai perempuan akan hanya ada masalah period tak teratur atau kesukaran untuk mengandung sahaja.

Symptom PCOS:

1) Period tak teratur / Tak period langsung

2) Susah mengandung (Sebab ovulate tak teratur / tak ovulate langsung)

3) Pertumbuhan rambut yang berlebihan - di muka, dada, belakang atau punggung

4) Keguguran rambut

5) kulit berminyak / berjerawat


Cara Diagnos:
1) PCOS berlaku bila hormon androgen berlebihan di dalam badan. Jadi blood test boleh tunjuk anda     ada PCOS atau tidak.

2) Ultrasound - Keadaan di mana ovary ada small cyst macam gambar di bawah

Gambar dari Google






No comments:

Post a Comment