Wednesday 3 January 2018

Pengalaman Rawatan di Klinik Hamid ArsHat

Cukup2 setahun aku kahwin iaitu bulan 8 2017, aku call klinik Dato Hamid Arsat  wat appointment. Kinik ni kat Yayasan Jabal Nur di Bukit Jalil. Sape yang gune waze baik taip yayasan jabal nur terus sebab masa aku waze dari daya x ray, taip klinik hamid arsat keluar yang kat damansara means klinik lama dia. Klinik ni dah pindah ye. So aku ingat dapat cepat rupanya appointment aku bulan 12. Kalau aku tau lama camni baik lagi awal aku cal..Aku dapat appoitment dengan Dr Aini or Aimi aku tak sure..

Bulan 12 pun sampaaai akhirnya aku berjaya jumpa dr pada awal disember. Scan Tranvaginal kau, bukan scan atas dari perut..aku nasihatkan datang pakai kain jelah, x yah pakai seluar. leceh nak bukak2 seluar. Nurse tu pegang je kain paras dagu dia dan kau bukak seluar pastu baring. Kat hospital shah alam lagi ok sebab dia bagi kain sarung suh ko tukar.
Dr cakap rahim aku tebal, since tu pun dah cycle day 25 period aku, means 5 hari lagi nak period so doktor bagi ubat norcolut tuk turunkan darah. Next, selepas period aku kene buat x ray hsg tuk tengok tube.

2 January 2018 aku buat hsg di Daya X-ray. Lama giler tunggu. Sies wei bek korang datang awal giler. Klinik bukak 8.30, aku sampai pukul 10.00..Masuk2 ramainya manusia. dahlah penuh dengan warga aisng datang ramai2 nak x ray jugak, Tuk kerja lah tu..tapi jadi sangat ramai dan macam2 orang ada. X kisahlah tu, tapi yang ramai dan sesak tu wat aku lemas. daftar pukul 10 pagi, terus g tandas insert ubat dalam dubur 2 biji. Ni memang klinik bagi.

Dari 10 pagi, pukul 1.00 baru aku dapat wat hsg..Betapa pisangnya kami laki bini tunggu. Masa pukul 12 aku telan lagi Ponstan iaitu ubat tahan sakit. Ubat ni kene makan selepas hsg kalau sakit, tapi aku makan siap2 takut sakit. Masa buat hsg x rasa sakit pun, rasa macam tekanan dan senak sikit tapi x sampai rasa sakit. Aku rilek je..Lepas dapat film hsg bergegas pergi klinik hamid.

Sampai klinik pukul 2, aku letak kad dulu dan kami pergi tingkat 1 sembahyang zohor dulu. Lepas tu gi kliniklah tunggu nama dipanggil. Pukul 3 macamtu, aku kene buat transvaginal scan tuk tengok telur. See, nasib baik aku pakai kain, jadi tak susah nak bukak2 dah macam 1st visit dulu. Alhamdulillah tiub patent means open. x blocked. Tapi de billaterial para fimbrial adhesion means ada lekatan dekat ovary dan fimbrial kat tube tu. Tapi tu normal sekiranya tube x blocked. Kalau tube blocked baru mende tu jadi tak normal. Dr tu cakaplah.

Aku disarankan mencuba secara natural dulu bulan ni, dan kalau period, baru makan clomid dan datang lagi tuk tengok telur. Dia dah bagi clomid siap2 tuk bulan depan. Kalau mengandung bulan ni, Alhamdulillah tak perlu makan clomid tu. Harapnye ada rezeki bulan ni. Oh ye kan aku de dinding rahim tebal sblm ni, scan kalini dr tu cakap dah x dek dah tebal sebelah kiri tu, dah turun masa period haritu..Baru aku tau tebal tu yang sebelah kiri. Ok, next step aku akan ceritakan lagi nanti.



1 comment:

  1. Alhamdulillah dapat byk maklumat ttg habatus sauda...tq sharing

    ReplyDelete