Wednesday 10 January 2018

Pendapat Aku tentang TTC

Aku berkahwin pada umur 27. So lewat 20 an lah tu. Bukan tengah or tepi eh awal 20an. Jadi aku memang nak anak cepat. Setelah 6 bulan berkahwin tak mengandung lagi, aku start ttc. Aku beli opk murah kat ig i.hamil nama ignya. Aku rasa opk dia betul dan function je. Bukan tipu punya ye.
So setiap bulan bersama waktu subur still tak mengandung jugak. Aku amal vitamin shaklee, berurut tapi baru sekali. Aku decide cukup setahun aku nak jumpa dr kesuburan. Sebabtu aku pilih Klinik Dr Hamid Arshat. 

Sepanjang setahun ni, aku dah banyak kali jumpa doktor consult masalah midcycle bleeding aku. Setiap kali scan dr cakap rahim ok, x dek masalah. Dan bila aku tanya tentang kesuburan untuk anak dr akan cakap baru 10 bulan, belum setahun lagi. Memang kita disarankan buat rawatan selepas setahun berkahwin untuk umur 20an dan selepas 6bulan berkahwin untuk umur 30an. 
Jadinya aku malas nak jumpa dr dalam masa setahun sebab takut dr tak take seriously terhadap aku sebab tak sampai setahun lagi.

Bagi aku, sesiapa yang nak ttc memang kene kuatkan mental dan fizikal termasuk duit. Banyak dah duit habis makan itu ini tapi semuanya tuk kesihatan, so aku rasa ok jelah. Jangan expect ttc bulan ni terus mengandung. Kalau macamtu Alhamdulillah lah. Mungkin ada yang terus mengandung. Tapi sebenarnya korang kene siapkan mental tuk sedia menunggu 3-6 bulan. dan korang sedia untuk berusaha selama itu atau lebih. Kalau tak korang akan putus asa dan rasa penat. 

Banyakkan berdoa, sedekah, tahajud, makan makanan yang sihat. Semoga semua yang ttc berjaya hamil dengan izin Allah. Amin.

2 comments:

  1. ya saya pun alami perkara yg sama. berkahwin umur 28 :) masih menanti lagi cahayamata. masih lagi buat rawatan di klinik dr hamid arshat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan kita semua boleh mengandung. Amin..

      Delete