Thursday 4 January 2018

Pengalaman HSG di Daya X-Ray

HSG adalah x ray tube untuk tengok fallopian tube kita sumbat atau tidak. Dr akan inject dye ke dalam tube. Cerita sebelum ni aku dah cerita sikit pasal hsg tentang betapa ramainya orang kat sana. Pengalaman buat hsg tu yang aku nak korang tau. Sebelum ni aku dah bace banyak pengalaman orang dalam blog tentang hsg, sekarang aku plak nak kongsi.

Bila masuk bilik tu, dia suruh tukar baju khas dialah, macam baju nak ke bilik bedah separuh nampak kaki. Baju tudung tak yah cabut, seluar or skirt korang je cabut. Aku pakai skirt masa haritu. Dah baring tu, macam2lah pembantu 2 orang ni keluarkan barang nak prepare segala. Perempuan india so aku ingat yang sorang tu doctor. Rupanya masuk doctor singh lelaki. Adoii, dia ke yang buat. Memang betul dia yang buat. Terpaksalah kan..

Semasa buat tu, dia akan letak alat scan x ray dia besar giler atas perut so korang boleh nampak kat monitor.Pastikan korang tengok je monitor tu. Masa dia inject dye, mata aku tgk je kat monitor nampak ke tak tube, bila aku nampak dye tu pergi ke tube dan nampaklah tube tu, aku rasa lega beb. Punyalah gigih nak tgk dia suruh ngiring ke kiri, tapi kepala aku ke kanan punyalah nak tgk monitor tu. Sebelum wat hsg ni aku dah masukkan 2 peluru ubat dalam dubur dan makan ponstan sebiji. Memang korang kene ambil sebelum wat hsg sebab tu sume ubat tahan sakit. Masa proses hsg dijalanlan, aku x rasa sakit pun, just rasa senak perut tapi tak sakit pun. Malam tu barulah betul sakit. Sakit dia macam sakit senggugut tapi x kuat sangat kat aku. Keesokannya dah x sakit tapi aku rasa perut keras je. Aku percaya hsg ni sakit sebab doctor siap bagi ubat tahan sakit. Aku x rasa sakit sebab dah siap2 ambil ubat. Kalau x ambil ubat tu mungkin aku akan rasa sangat sakit
.

Lepas hsg dia bagi pad sebab memang akan de pendarahan. Aku suggest korang bawak pad lebih dalam beg. Sebab ape, aku x sempat zohor kat rumah sebab aku jumpa doctor petang. So camne pun kene sembahyang kat klinik tu. Sampai kat klinik korang kene ganti pad dan solatlah. Pada aku kene solat sebab darah yang keluar bukan period. Sedangkan istihadah pun kita kene solat kan. 

17 comments:

  1. Salam perkenalan,saya nak tnya prosedur untuk buat HSG tu perlukan reference letter ke? Berapa total kos?Doctor akan bagi MC selepas X-ray?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hsg ni atas suggest dari doktor selepas kita melalui beberapa peringkat ujian. macam saya after buat tvs, doktor bagi reference letter untuk buat hsg. saya buat di hospital pantai kos dlm 350. hsg ni depend pada tubuh dan minda kita juga. macam saya, saya tak makan apa apa ubt, alhamdulillah proses hsg tu tak menyakitkan dan saya bekerja keesokan hari nya seperti biasa :)

      Delete
    2. betul kata noryati idris di atas..kene jumpa dr dulu untuk dapatkan reference letters. dr akan suggest. tapi kalau puan nak jgk puan boleh tanya dr saya nak wat hsg dulu. total kat daya 240/260 x ingat.tapi tak sampai 300..dia wat memang x sakit langsung sebab kita pun dah masukkan ubat kat dalam punggung sebelum buat. ubat tu klinik akan bagi selepas dia bagi reference letter. daya x ray lelaki yang buat. so saya suggest minta reference letter cakap nak buat kat hospital swasta lain.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Nak tanya ubat penahan sakait tu boleh dapat dekat mana?

    ReplyDelete
  4. hi, nak tanya. kalau naik motor lepas buat hsg ni sakit ke ? ke advisable naik kete?huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sure..sbb sy naik keta.tp boleh senak jugak kot.sbb sy naik keta pun tetap sakit mcm sakit sengugut lepastu.

      Delete
    2. hehe, dah g dah.. naik moto je masa balik tu. masa tu tak sakit sgt, malam tu baru rasa sakit sampai demam.

      Delete
  5. Saya baru lepas buat hsg di KMC kuantan dgn doc su... Sakit cam sengugut mula2 tu je pastu ok dah... Kene makan ubat tahan sakit.bawa pad sbb mmg kuar darah lps hsg.malam tidur xrasa sakit.. Kene habiskan mkn ubat doc bg utk 3 hari..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. saya ada buat jugak tadi, tak ada ubat tahan sakit diberikan. Jadi mmg sakit sgt2. Tapi sy tahan jennak buat mcmana. Just nk share kos RM 200 je buat kt KPJ Damansara under referal letter Lppkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah ke nk dptkan surat rujukan LPPKN tu?

      Delete
    2. kena buat appointment dengan lppkn. nnt memang akan dapat referral letter dari LPPKN

      Delete