Saturday 27 January 2018

Clomid pulaaakkk

Assalamualaikum..

Bulan ni dr suruh berusaha secara natural tuk mengandung tidak kesampaian kerana aku period on time kau,,So, aku dah taulah aku kene makan clomid pada kitaran haid ini. Start makan clomid pada cycle day 4 bermakna hari keempat periodlah, Makan 3 biji sebelum tido. Dos 3 biji 150mg tau sbb setiap satu biji 50mg. Agak tinggi sebenarnya pada firasat aku memandangkan aku memang boleh ovulate sendiri. Bulan lepas aku ada telur yg besar tanpa clomid. Tapi tiada rezeki. Takpe, mungkin dengan clomid ni dgn izin Allah telur jadi lagi berkualiti dan banyak  ke, Aku tanya dr tak terlalu tinggi ke dos tuk saya. Dr kata tak,aku legelah. Sebabtu aku makan je. 

Aku tak dek kesan sampingan yang dasyat selain makin tak nyenyak tido. Dapat tido sampai pukul 5pagi je, lepastu terjaga tak boleh tido dah. Malamni adalah malam terakhir makan clomid.Yahoo..Mujur makan clomid ni 5 hari je. Jenuh jgk tau. Makan pada masa yang sama setiap malam tau. Tapi aku tak wat sebab ralit tgk tv pkl 10 baru mkn. Masa dr ckp makan sebelum tido, aku terbayang makan dan terus tido. Kau telan pastu kau baring tido. Tapi aku makan memang range pukul 9 mlm lah..walaupun tido pukul 11 or 12. Takpe aku rasa asalkan malam. 

Aku baru beli omega guard dan vitamin e shaklee. Ok, Vitamin E ni tuk suami aku supaya sperma dia lebih aktif walaupun tak buat sperm test lagi pun. So tak tau de masalah ke tak suami aku ni. Tapi dia tak merokok. So, muungkin tak dek masalah. Sebagai vitamin tambahan sahajalah tuk suami aku ni. 

Omega Guard tuk aku lah sebab dr bagi aku fish oil masa 1st visit dulu. So, aku pilih omega guard shaklee kali ni sebab fish oil dia adalah yang terbaik. Kadang2 aku akan makan jugak vitamin E. Jadi aku rasa untuk ttcian baik korang makan fish oil memandangkan dr pun recommend, so tak salahlah makan. Lagipun omega guard ni boleh menstabilkan hormon kita sebab tinggi dgn Omega 3. 

Sampai sini sahaja. Harap sesiapa yang baca bolehlah komen pe pengalaman korang makan clomid, pengalaman sepanjang ttc ni. 

7 comments:

  1. salam kak mamcam mana prosess seterusnya okey ke, saya pun akan buat rawatan ke klinik dr hamid bln depan, hope semua okey la

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Waalaikummussalam. clomid kali ke 2 pun tak berjaya.I hope you dah berjaya by this time. saya akan cerita the next

      Delete
  2. tak sabar baca cerita akak yang seterusnya

    ReplyDelete
  3. anyway saya guna goole bos saya heheh email office dah memang on kt pc so saya guna jela untuk comment, saya ila (malayu)

    ReplyDelete
  4. Saya makan clomid 1 cycle je masa nak IUI. Alhamdulillah takde side effect apa apa. Sekarang baru lepas operate endometriosis dengan Dr Hamid Arshat

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak cerita macammana boleh tahu de endo?

      Delete